Ahad, 6 Mei 2012

JAWAPAN KEPADA TAZKIRAH MENGELIRUKAN DALAM MAJLIS BRIM




Saya antara peserta yang menerima bantuan BRIM,pada asalnya saya bertekad tidak mahu mengikuti majlis itu ,kerana sudah menjangka akan ada caci maki sebelum acara pembahagian bantuan tersebut.Saya belum pernah  mendengar sendiri siri caci maki yang disampaikan oleh ustaz Rujihan yang dikatakan hebat itu.Dengar khabar penyampainnya sedikit sebanyak dapat menarik hadirin membuat berfikir sejenak.Oleh kerana bantuan ini agak lumayan saya tergerak hati ingin mendengar sendiri hujahan hebat Ustaz tersebut.Oh rupa-rupanya syarahanya disertai dengan nas  Alquran dan hadis boleh memberi kesan kepada hadirin bahawa hujahnya itu ada fakta.Fokus yang dikatakan tazkirah dalam majlis itu adalah dapat disimpulkan bahawa DSAI adalah ejen utama Yahudi di Malaysia dan TGNA  dan partinya PAS adalah pembawa ajaran sesat di Kelantan khususnya dan Malaysia Umumnya.saya percaya 30%  antara hadirin berkeyakinan bahawa syarahan yang disampaikan oleh Ustaz tersebut adalah ada benarnya.Inilah antara rancangan UMNO bagi menanamkan dalam fikiran setiap peserta yang hadir bahawa TGNA adalah pembawa ajaran sesat dan DSAI ejen Utama Yahudi dimalaysia.Antara isi kandungan syarahanya yang menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan bantuan kerajaan negeri  kepada rumah Ibadat agama Buddha.Ustaz tersebut mendakwa bahawa Kelantan mempunyai Patung Buddha terbesar di asia tenggara malah antara terbesar di asia mengalahkan negara-negara  anutan Buddha sendiri.Kerajaan pimpinan TGNA menyumbang dana yang besar untuk  membiayai rumah ibadat Buddha,sedangkan bantuan untuk sekolah agama rakyat amat kecil.Itulah antara kandungan syarahan yang saya dengar daripada  Ustaz tersebut.

Di sini saya ingin memberi sedikit pandangan dan jawapan kepada tohmahan dalam syarahan Ustaz Rujihan kepada pimpinan TGNA berkenaan dengan  bantuan kepada rumah ibadat agama Buddha dan juga jawapan berkenaan dengan sami Budhha bersolat didalam masjid.

HAK BERAGAMA
Dalam Islam,hak beragama diberikan sepenuh kebebasan kepada setiap individu manusia selepas dari hak untuk meneruskan kehidupan.Setiap penganut agama berhak berpegang kepada agama dan mazhabnya,malahan mereka tidak boleh dipaksa untuk meninggalkan agamanya dan berpindah keyakinannya untuk memeluk Islam.Allah berfirman(Surah al-Baqarah,ayat 256):-

"Tidak ada paksaan untuk memeluk agama (Islam),sesungguhnya telah jelas yang benar dari jalan yang sesat."

Dalam ayat ini jelas Allah SWT menegaskan di dalam al-Quran bahawa syariat Islam menolak segala bentuk paksaan beragama.Kaum non Muslim yang berada dalam sesebuah negara Islam merupakan Ahl al-Zimmah atau 'Kafir Zimmi' tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam.Ini kerana bagi orang yang diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah taala nescaya dibukakan hatinya untuk memeluk Islam.Lantas mana-mana Ahl al-Zimmah tersebut pasti akan menganut Islam dengan bukti dan hujah yang kukuh.

SIKAP SABAR DAN BERTOLAK ANSUR(TOLERANSI) BERAGAMA
Islam menjamin hak kebebasan dan melarang paksaan dalam hak beragama bagi setiap individu manusia.Malah ia memberikan hak toleransi terhadap semua agama yang dapat diperhatikan dalam lembaran sejarah ketemadunan manusia sejak dahulu hingga kini.Kehidupan Ahl al-Zimmah yang berada di bawah naungan syariat Islam adalah terjamin,bukan hanya pada diri mereka malah pada tempat peribadatan mereka juga.

Bahkan al-Quran menjadikan salah satu sebab diperkenankannya berperang adalah disebabkan untuk memelihara kebebasan beribadah dan beragama.Ini merupakan kebebasan beragama yang dilandaskan oleh islam dalam menghormati akidah dan kepercayaan yang dipilih setiap individu insan.Oleh itu ,Islam turut membenarkan kaum non-Muslim untuk mendapat setiap kebebasan beribadah di tempat ibadah mereka serta memeliharanya bagi tiap-tiap ritual(tatacara dlm upacara keagamaan) keagamaan yang dijalankan.Bahkan umat islam dilarang untuk melakukan kezaliman dengan merobohkan rumah ibadah penganut agama lain atau merosakkannya sama ada dalam keadaan aman mahupun peperangan.

Terdapat begitu banyak dokumen sejarah yang mencatatkan mengenai sikap toleransi beragama ini.Sejak zaman Nabi SAW lagi dijelaskan bahawa baginda melaksanakan perjanjian dengan penduduk Kristian Najran.Mereka  yang dinaungi oleh kerajaan Islam Madinah berada dalam perlindungan Allah serta jaminan Rasulullah SAW terhadap urusan harta,agama dan perjanjian mereka.Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri telah menulis surat perjanjian kepada Kristian Palestin yang menjamin kebebasan beragama di kalangan mereka selepas wilayah tersebut berjaya dibuka oleh kaum muslimin sekitar tahun 35 hijrah.

JAWAPAN KEPADA USTAZ RUJIHAN-KAUM NON MUSLIM DAN MASJID UMAT ISLAM
Pada pandangan Ustaz Rujihan dalam syarahannya pada majlis pembahagian BRIM dan siap dengan tayangan gambar sebagai bukti ada mengatakan orang agama buddha berpakaian lengkap agama mereka (tokjai) sedang melakukan ibadah dalam masjid adalah perkara sangat dilarang lebih-lebih lagi perkara itu ada berlaku di negeri kelantan.

Dalam kitab sirah seperti kitab Ibn Ishaq dan dinukilkan pula dalam kitab-kitab sejarah yang lain seperti kitab al-Sirah al-Nabawiyah oleh Ibn Kathir dan juga kitab al-Raudh al-Unuf oleh al-Suhaili,mereka ada meriwayatkan bahawa,"semasa para utusan Kristian Najran bertemu dengan Rasulullah SAW di Madinah.Mereka bertemu Baginda SAW di masjid dengan berpakaian cantik dan pada waktu itu adalah waktu Asar yang menjadi waktu ibadah mereka.Lantas mereka berdiri untuk melaksanakan ibadah mereka di dalam masjid Baginda SAW dengan menghadap ke arah timur.Lalu para sahabat ingin mencegah mereka dan Nabi SAW bersabda,"Biarkanlah mereka."(Lihat Ibn Kathir,al-Sirah al-Nabawiyah,Jld 4,hlmn.108)

Imam Ibn al-Qayyim menjelaskan perkara ini di dalam kitab al-Huda al-Nabawi mengenai perkara ini dengan 'terang' bahawa kaum non -Muslim dari kalangan ahli kitab dibenarkan untuk memasuki masjid kaum muslimin.

Nabi Muhammad SAW amat menjaga hubungan kemasyarakatan antara sesama Islam dan bukan Islam.Baginda amat menghormati Ahl- al-Zimmah yang berada di bawah naungannya. Keadaan ini boleh dilihat dari satu kisah yang diceritakan oleh Jabir bin ABdullah bahawa pada suatu hari,jenazah seorang Yahudi di atas usungan melintasi Baginda SAW dan para sahabat.Melihatkan perkara itu,Nabi SAW segera bangun dan kami turut bangun dan di antara kami lantas memberitahu Baginda SAW "Wahai Rasulullah,jenazah itu adalah mayat seorang Yahudi."lalu Baginda SAW menjawab,"Bukankah ia juga adalah manusia?Oleh itu,apabila kamu melihat iringan jenazah,maka berdirilah."(Hadis riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad SAW juga menerima hadiah dari kalangan bukan Islam.Malahan baginda turut membantu mereka dalam isu yang berkaitan dengan pendamaian atau pun peperangan.Abu Ubaid telah menceritakan dari Sa'id bin al-Musayyib,"Rasulullah bersedekah kepada ahli kitab yang beragama Yahudi.Oleh itu,pemberian sedekah terjadi di kalangan mereka."

Perkara ini dapat dilihat dengan penuh saksama,betapa para sahabat tetap meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam menjaga hak asasi kaum non -Muslim yang tinggal di bawahpemerintahan mereka.Sewaktu 'Umar bin al-Khattab ditikam oleh seorang lelaki majusi yang bertaraf Ahl al-Zimmah,Beliau tetap berwasiat kepada Khalifah yang bakal menggantikannya agar terus memberikan layanan penuh kebaikan kepada Ahl al-Zimmah.

Begitulah sikap toleransi yang diajarkan Islam kepada Umatnya.Mereka diperintahkan agar melakukan kebaikan kepada jiran tetangga,masyarakat dan suku bangsa sama ada seagama mahu pun tidak.Malahan Islam begitu besar dengan dipayungi rahmat,berkat dan kemurahan hati.Kaum bukan Islam yang berada di negara islam atau negara umat Islam perlu tunduk dan patuh kepada pemerintahan kaum muslimin dan mereka perlu diberikan hak yang sama dengan umat islam.Justeru itu,pemerintah umat islam wajib menjaga hak mereka yang berada di bawah naungannya dengan sebaiknya.

Jadi saya amat dukacita apa yang disampaikan oleh Ustaz Umno itu,beliau mentafsirkan ayat al-Quran mengikut hawa nafsu bagi membela Umno dan kroninya.Untuk pengetahuan Ustaz Rujihan, TGNA komitmen dalam ibadahnya,beliau tidak pernah tinggal solat Tahajjud dan solat sunat lain semenjak berumur 15 tahun lagi,beliau sentiasa berdoa untuk kesejahteraan rakyatnya.Adalah tidak logikal tuduhan yang mengatakan beliau sudah terkeluar dari islam dan pembawa ajaran sesat sepertimana yang didakwa oleh Ustaz-ustaz Umno yang lain.Kelantan negeri pertama yang mengamalkan konsep pinjaman berlandaskan Syariah,kelantan negeri pertama yang menutup lesen -lesen maksiat seprti judi,arak,disco dan seumpamanya,cuba bandingkan dengan negeri yang berada dibawah UMNO...Jadi kepada Ustaz-Ustaz Umno kembalilah ke pangkal jalan sebelum anda dijemput oleh Allah mengadapNya.

Wallahu a'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan