Ahad, 9 Februari 2014

Rehal 2 papan untuk dijual

Harga lelong RM30 bagi pembelian 10 unit keatas bagi kayu meranti

Rabu, 16 Januari 2013

Published with Blogger-droid v2.0.10
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tafsir Surah Az Zaariyaat

TERJEMAH PERKATA
Ayat 1
والذريت:
Demi (angin) yang menerbangkan (debu dan lainya)

ذروا:
(Dengan) menerbangkan sekuat kuatnya

Ayat 2
فالحملت:
dan awan (yang membawa hujan)

وقرا:
(Dengan) beban berat
 
Ayat 3
فالجريت:
dan (kapal kapal) yang belayar (di air)

  يسرا:
(dengan) mudah

Ayat 4
فالمقسمت :
dan (malaikat2) yang membahagikan

امرا:
perkara (rezeki)

Ayat 5
إنما :
sesungguhnya apa yang

توعدون :
dijanjikan kepada kamu semua

لصارق:
pasti benar

Ayat 6
وان:
dan sungguh

الدين:
(hari) pembalasan

لواقع:
pasti terjadi

TAFSIR & PENJELASAN
Allah S.W.T telah bersumpah dalam surah ini untuk menisbat dan menegaskan wujudnya hari perhimpunan untuk setiap makhluk yang bergerak .Justeru dalam hari perhimpunan terdapat unsur himpunan dan gelombang massal yang teragih dalam berbagai kumpulan. Justeru itu sumpahan dengan sesuatu yang bergerak lebih sesuai .Allah S.W.T bersumpah dengan angin yang membawa dan menyelerakkan tanah tanah pasir dab sebagainya yang boleh mengatasi graviti bumi .Allah bersumpah juga dengan awan yang membawa air dalam kadar yang banyak , dengan kapal yang belayar di atas permukaan air serta para malaikat yang membahagikan rezeki dan hujan di kalangan manusia dan makhluk yang lain. Setiap malaikat telah dikhususkan dengan rugas masing masing .Jibril menyampaikan wahyu kepada para nabi, Mikail diwakilkan dengan rezeki dan rahmat , Israfil peniup sangkakala manakala Izrail mencabut nyawa .

Allah S.W.T bersumpah dengan keajaiban fenomena alam yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat

Published with Blogger-droid v2.0.10

TAFSIR SURAH AN-NISA' AYAT 72

Menurut Imam Mujahid dan lain- lain , ayat ini diturunkan untuk menjelaskan tentang orang orang munafik yang dikenal pasti bahawa mereka hidup bergaul bersama sama orang orang mukmin , , mereka adalah dicela oleh Allah swt apabila diseru untuk berjihad atau berperang mereka sambut dengan lambat lambat bahkan agak keberatan untuk keluar.

Golongan munafik diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul iaitu di zaman Rasulullah saw berada di kota Madinah , apabila berlaku ke atas orang mukmin kemalangan di medan perang seperti terbunuh atau tercedera , dia sangat gembira serta mendabik dada dengan mengeluarkan kata kata:"Aku sangat beruntung dikurniakan nikmat oleh Allah keselamatan kerana aku tidak keluar bersama sama orang orang mukmin untuk berperang.

Mereka bukan sahaja keberatan untuk keluar berperang tetapi juga memberi kebimbangan dan menakut nakutkan orang lain supaya tidak keluar berperang bersama sama Rasulullah saw di dalam peperangan Uhud.

Menurut Sayid Qutub mereka yang tidak keluar berperang itu sangat gembira bila pejuang pejuang Islam ditimpa kemalangan di medan perang dan mereka menanggap diri mereka lari daripada jihad , itu adalah merupakan kejayaan dan juga nikmat .Mereka tidak terasa malu bersikap demikian.

Sebenarnya berjihad atau berjuang untuk menegakkan Islam adalah kewajipan dan sekali kali tidak tercapai nikmat dari Allah kalau mengundur diri dari berjihad .Sekalipun pada zahir boleh di anggap berjaya kerana terhidar dari kemalangan .

Golongan munafik ini ada di zaman Rasulullah saw di zaman para sahabat malahan ada di sepanjang zaman dan semua tempat , oleh itu kita hendaklah berwaspada dan berhati hati dalam pergerakan dan perjuangan .Sikap seperti ini bukan sahaja di luaran malahan dalaman pun ada , kadang kadang orang yang kita harap dan rapat dengan kita tidak mustahil dia memusuhi kita dari dalam

TAFSIR SURAH AN-NISA' AYAT 71

Dalam ayat ini Allah tlh menyeru orang orang yang beriman supaya sentiasa berjaga jaga dan bersiap sedia untuk menghadapi tipu daya dan perancangan yang berbahaya dilakukan oleh musuh yang sentiasa mencari peluang untuk menyerang , di samping itu juga hendaklah membuat tinjauan dan kajian terhadap keadaan persiapan dan peringkat kekuatan mereka serta kelemahan mereka,Semuanya itu perlu untuk dijadikan panduan dalam rangka mengukur kekuatan dan persiapan kita dengan mereka .Kemungkinan berlaku tidak seimbang yang mana pihak mereka lebih bersedia dan lebih kuat dari pihak kita.

Disini ternyata sekali bila kita berdepan dengan apa jua jenis lawan dan musuh , apa jua perlawanan dan pertandingan pasti sentiasa bersiap siap sedia dan berjaga jaga tidak boleh pandang mudah dan ringan. 

Apa jua bila berjihad memerangi musuh hendaklah  kita menyusun saf dengan tersusun rapi dan berdisiplin supaya tidak berlaku kelam kabut bila bersua dengan musuh dan menghadapi sesuatu keadaan yang mencemaskan

Perbincangan dan strategi peperangan dalam perjuangan perlulah diatur dengan rapi. 

Selasa, 28 Ogos 2012

SIAPA WAHABI...PENJELASAN TUDUH TOK GURU KAFIR

Ikuti penjelasan ustaz Abu Syafiq huraian berkenaan dengan wahabiy.


Ikuti penjelasan Ustaz Zainal Abidin penceramah Pentas Umno mengkafirkan seorang Ulama' adakah dia Wahabi seperti yang di huraikan oleh Ustaz Abu Syafiq ataukah dia menghidupkan fahaman baru iaitu fahaman Umnonisma


Ikuti penjelasan Al-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz mengenai tuduhan kafir oleh Ustaz zainal kepada Tuan Guru,dan penjelasan akidah Tuan Guru  mengenai Tuhan bersila atas arasy
Part 1

Part 2

Ikuti penjelasan Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus tentang  hukum mengenai tuduhan Rahim Noor kata Tok Guru bapak Kafir.