Ahad, 29 April 2012

MENTAFSIR AL-QURAN MENGGUNAKAN SAINS BOLEHKAH.....

 

Tafsir merupakan ilmu yang memperincikan mesej al-Quran.Berhubung dengan ini Imam Zarkasyi dalam al-Burhan fi Ulum al-Quran berkata,"Tafsir adalah ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.Ia menjelaskan makna-maknanya serta mengeluarkan hukum-hakam serta hikmah-hikmahnya."

METODOLOGI TAFSIR ALQURAN
Tafsir al-Quran tidak boleh dilakukan secara semborono.Secara ilmiah,terdapat tiga cara tafsir yang diperkenalkan.Pertama,tafsir bersandarkan riwayat yang diiktiraf(tafsir bi al-riwayah),kedua,tafsir menggunakan hujah pemikiran(tafsir bi al-dirayah),dan ketiga ,tafsir berdasarkan ilham(tafsir bi al-isyarah).

Tafsir bi al-Riwayah.Dalam at-Tibyan fi Ulum al-Quran,Syeih Muhammad Ali as-Sabuni mendefinisikan tafsir bi al-riwayah sebagai "(tafsiran al-Quran) yang menggunakan ayat al-Quran,Sunnah Nabi SAW,atau merujuk kepada pandangan para sahabat Nabi".

Tafsiran yang terbaik ialah tafsiran yang di ambil daripada al-Quran sendiri.Jika perincian maksud sesuatu ayat tidak diperoleh daripada al-Quran ,Sunnah perlu dirujukuntuk memahami maksudnya.Jika selepas merujuk kepada al-Quran dan Sunnahmaksud sesuatu ayat masih belum jelas,kita perlu merujuk kepada perkataan para sahabat Nabi.Tafsiran mereka boleh diterima dengan syarat sumber riwayatnya adalah sahih.

Tafsir bi al-Dirayah.ia juga dikenali sebagai tafsir bi ar-ra'yi atau tafsir al-ijtihadi.Dalam at-Tibyan fi Ulum al-Quran,Syeikh Muhammad Ali as-sabuni menjelaskan,"Ia dikategorikan demikian kerana ahli tafsir menggunakan ijtihadnya(pandangannya)untuk mentafsirkan ayat -quran...tanpa disandarkan kepada,contohnya,kenyataan sahabat atau tabiin...ia tidak pula bermaksud tafsir ini dilakukan berasaskan pandangan peribadi atau menurut kehendak hawa nafsu semata-mata."

Secara dasarnya,tafsiran al-quran menurut kehendak nafsu,atau berasaskan pandangan peribadi semata-mata adalah haram.Hal ini adalah berdasarkan hadis nabi yang diriwayatkan Imam Tirmizi,an Nasai dan abu Daud yang bermaksud,"sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan menggunakan akal semata-mata ataupun berdasarkan sesuatu yang tidak difahaminya,sila ambil tempatnya dalam neraka."

Namun jika tafsiran dilakukan menggunakan cara atau metodologi yang kukuh,ia tidaklah dilarang.Justeru,dalam at-tibyan fi ulum al-Quran oleh Muhammad Ali as-sabuni,tafsir bi al-Dirayah dibahagikan kepada dua:
  • Tafsir yang terpuji(mahmud)
  • Tafsiryang tercela(mazmum)
Berhubung dengan perkara ini,Dr Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah,dalam Israiliyyat dan hadis Palsu Dalam kitab-kitab Tafsir,berkata,"harus mentafsirkan al-Quran menggunakan pendapat serta ijtihad jika pentafsirnya memiliki kelayakan serta ilmu yang mantap.Jika kita melarang mentafsir al-Quran dengan menggunakan ijtihad akan luputlah makna tadabbur(membuat penelitian)yang digalakkan Allah dalam al-quran.Akibatnya banyak hukum,adab serta pelbagai jenis ilmu pengetahuan akan lenyap begitu sahaja."

Tafsir bi-al-Isyarah.Syeikh Muhammad Ali as-sabuni,dalam kitabnya at-Tibyan fi Ulum al-quran,mendefinisikan tafsir ini sebagai,"Penafsiran al-Quran dengan mentakwilkan ayat tidak menurut zahirnya.hal ini disebabkan terdapat pada ayat itu petunjuk-petunjuk yang tersirat dan hanya diketahui oleh sebahagian ulama,atau hanya diketahui oleh orang yang mengenali Allah melalui latihan kerohanian..Kefahaman ini tidak dikurniakan kepada semua orang.Ia hanya dikurniakan kepada orang yang dibukakan hatinya oleh Allah,disinari jiwanya dengan petunjuk-Nya,serta dari kalangan mereka yang solihin.Ia seperti mana yang dikurniakan Allah kepada nabi Khidir(seperti yang disebutkan dalam surah al-kahfi)."

Antara hujah yang diutarakan mengharuskan tafsir bi al-isyarah ialah yang diriwayatkan Imam Bukhari berhubung sahabat Abdullah ibn Abbas.Beliau telah mantafsir surah an-Nasr berbeza dengan tafsiran sahabat-sahabat Nabi yang lain.Riwayat ini jelas menunjukkan kefahaman sahabat Abdullah ibn Abbas lebih mendalam serta berbeza dengan para sahabat yang lain.Inilah bentuk tafsir bi al-isyarah yang di ilhamkan Allah kepada hamba-Nya.

Walau bagaimanapun tafsir bial-isyarah mempunyai bahayanya.Berhubung dengan ini,Dr Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah dalam Israiliyyat dan hadis Palsu Dalam Kitab-kitab tafsir berkata,"Antara tafsiran yang sesat ialah tafsir batil golongan Mazhab batiniah(dari aliran Syiah),para pengikut Rafidah(juga dari aliran Syiah),sesetengah ahli sufi dan golongan Mulhid(yang menolak konsep ketuhanan)."

SAINS DAN AL-QURAN
al-Quran merupakan kitab yang diturunkan Allah ke atas Nabi s.a.w ia adalah wahyu Allah dan diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.

Allah juga merupakan Pencipta bagi alam semesta.Di dalam al-Quran terdapat lebih daripada 750 ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.Jelas sekali kitab al-Quran dan alam semesta datang daripada sumber yang sama,iaitu,Allah.

Allah mahu umat islam mengkaji al-Quran.Allah berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 82:

"Apakah mereka tidak mahu memikirkan isi-isi al-Quran?"
Allah juga mahu umat islam mengkaji alam.dalam surah ali Imran ayat 190 Allah berfirman:
A191
"Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
Kajian al-Quran mempunyai cara dan metedologinya.Kajian alam juga mempunyai cara dan metedologinya.Pada hari ini cara dan metedologinya untuk mengkaji alam diistilahkan secara umum sebagai sains.Melalui sains proses kejadian alam serta fenomena berkaitan denganya dapat disingkap.Allah mahu kedua-dua ini,iaitu al-Quran dan kajian tentang alam(menggunakan sains),didekatkan.bukan dipisahkan.Inilah yang dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah Fussilat ayat 53:-
A053
"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"
 Dalam al-Jamik li Ahkam al-quran,Imam Qurtubi mengetengahkan pandangan Imam 'Atha dan Ibn zaid ketika mentafsirkan maksud 'bukti-bukti kebenaran di segenap ufuk (penjuru)alam'.Mereka berkata,"(ia adalah bukti-bukti) di penjuru langit dan bumi merangkumi matahari,bulan,bintang-bintang,kejadian malam dan siang ,angin,hijan,guruh,pohon-pohon,gunung-gunung,lautan dan sebagainya."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan