Rabu, 8 Ogos 2012

HURAIAN HADIS IMAM NAWAWI-BAB IKHLAS





 



Amirul Mukminin,Abu Hafs Umar bin Khattab melaporkan Rasulullah bersabda,'Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niat.Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredaan )Allah dan Rasul-Nya,maka dia akan mendapat (keredaan) Allah dan Rasulnya.Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya,maka nilai hijrahnya seperti (sebagaimana)yang dia niatkan." (HR Bukhari dan Muslim)

Huraian
Hadis ini muncul kerana satu sebab.Pada masa itu,para sahabat melaporkan ada orang yang berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk berkahwin dengan wanita bernama Ummu Qais.Secara zahirnya,dia pergi berhijrah sama seperti yang dilakukan oleh para sahabat,tetapi niat dan tujuannya berbeza iaitu untuk mengahwini Ummu Qais.Oleh sebab itu,dia digelar 'Muhajir Ummu Qais' iaitu orang yang berhijrah demi Ummu Qais.

Allah menegaskan bahawa tujuan hidup kita di dunia adalah untuk beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah.Tahukah anda,apakah separuh daripada ibadah itu?Separuh daripada ibadah itu adalah hadis di atas kerana menjadi timbangan amalan batin.Sementara separuhnya lagi yang menjadi timbangan amalan lahir adalah hadis yang bermaksud, "Siapa yang mengada-ngadakan perkara yang bukan sebahagian daripada urusan agaa kami,maka amalannya tertolak."(HR Bukhari dan Muslim)

Dengan demikian,niat yang ikhlas dan mengikuti panduan Rasulullah adalah kunci ibadah diterima.Oleh itu,penting meluruskan niat dalam setiap amalan kita.Ada baiknya,sebelum melakukan amal,kita bertanya kepada hati kecil kita,"Apakah niat saya melakukan ini  dan untuk siapa saya lakukan perbuatan ini?"Mengapa perlu bertanya?ini kerana menyedari cacatnya niat pada awal itu lebih baik daripada menegetahuinya kemudian.

Apakah yang dimaksudkan dengan niat disini?Menurut Syeikh as-Sa'di,niat adalah melakukan amalan dengan sengaja dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah serta mencari reda dan pahala daripadaNya.Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya..."
bermaksud amalan-amalan yang bersifat mubah(harus),apatah lagi makruh dan haram.

Funsi niat adalah bagi membezakan antara kebiasaan dan ibadah.Contohnya,apabila kita duduk di dalam masjid,boleh diniatkan untuk sekadar beristirihat.Walaupun ia satu kebiasaan,namun ia boleh menjadi ibadah apabila dilakukan dengan niat beriktikaf.Jadi,pokok yang membezakan antara ibadah dan kebiasaan serta mendapat pahala atau tidak adalah niat.Selain itu,niat juga berfungsi membezakan antara satu bentuk ibadah dengan ibadah yang lain.Contohnya,orang yang mengerjakan solat empat rakaat.Solat empat rakaat ini mungkin solat zohor dan mungkin juga solat sunat rawatib.Maka,yang membezakan antara kedua-dua ibadah ini adalah niat.

Kata-kata Rasulullah yang berbunyi ."...dan setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan..." bermaksud,setiap perbuatan disesuaikan dengan niat pelakunya sama ada mengenai sah atau rosaknya mahupun kesempurnaan atau kekurangannya.Orang yang melakukan ketaatan dengan separuh hati,pahala yang akan diperolehnya pun akan berkurang.Sebaliknya,orang yang beribadah dengan sepenuh hati,dia pun akan memperoleh pahala yang sempurna.

Maksud "sesiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan)Allah dan Rasul-Nya,Maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan rasul-Nya..." ialah seseorang mendapat balasan berdasarkan apa yang dia niatkan,sementara pahalanya menjadi tanggungan Allah.Copntoh yang jelas pada masa kini sangat banyak.Ambil contoh pelajar yang mencari ilmu.Jika niatnya belajar kerana mencari keredhaan Allah,selain berjaya mendapatkan ilmu dan ijazah,dia juga mendapat pahala.

Begitu juga orang yang bekerja.Jika dia niatkan untuk mencari reda Allah dan mencari nafkah untuk keluarga,setiap titisan peluhnya dinilai sebagai ibadah kepada Allah dan dia mendapat pahala.Harta yang dikumpulkan akan ditinggalkan.Apa yang dimakan menjadi kotoran dan apa yang dipakai akan usang.Tiada satupun yang kekal,semuanya akan musnah sama sekali.

Kesimpulannya ,kita hendaklah selalu menghadirkan niat yang ikhlas dalam setiap aktiviti kita serta menjauhi perkara-perkara yang merosakan keikhlasan kita.Contohnya perbuatan menunjuk-nunjuk ,meninginkan pujian dan mengharapkan sanjungan daripada orang lain.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan