Sebagai seorang muslim seharusnya bijak melayari bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk AlQuran dan AlHadis.Semasa hidup di dunia hendaklah melakukan seberapa banyak amalan kebajikan agar terhapus segala dosa
Fokus disini adalah pilihanraya semakin hampir.Apa yang membimbangkan ada gejala khianat perjuangan yang benar.Umum mengetahui Parti islam semalaysia (PAS) adalah satu-satunya parti yang menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w yakni menegakan agama Allah menjadi dasar di muka bumi ini.Baginda banyak menempuh duri dan tebalan hutan demi memastikan suluhan cahaya terpancar di muka bumi ini.Tapi mengapa sesetengah daripada kita yang mendakwa dirinya segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan sanggup menikam dari belakang.Jadi inilah fokus tulisan sulung blog saya ini.Perkataan tersebut sebenarnya sudah lama wujud yang merupakan virus yang boleh melemahkan kekuatan islam.
Berhubungan dengan virus bahaya ini mari sama-sama kita berkongsi pandangan yang bersandarkan fakta ilmiah.Disini saya ingin membentangkan sedikit syarahan tafsir daripada sebuah kitab tafsir al- Munir yang di susun oleh Dr WAHBAH AL-ZUHAILY .Firman Allah :-
"Tidakkah engkau melihat( bagaimana jahatnya)orang-orang(orang munafik) yang bersahabat karib dengan kaum yang dimurkai Allah(Kaum Yahudi)(dengan sebab kekufuran dan khianatnya) ?Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari kaum yang tersebut itu (kerana mereka golongan munafiq)dan lagi mereka selalu bersumpah dusta,Sedang mereka mengetahui( mereka adalah berdusta)."(surah almujadilah ayat 14)
Ibn Hatim mengemukakan riwayat daripada al-Suddi dan Muqatil,Katanya;telah sampai berita kepada kami,ayat (yang bermaksud)"Tidakkah engkau melihat",di turunkan bersempena 'Abdullah Bin Nabtal,seorang munafiq.Beliau sering duduk bersembang bersama Nabi.Namun selepas itu beliau menyampaikan rahsia-rahsia kaum muslimin kepada orang-orang Yahudi.
Orang-orang Munafiq yang menunjukan kesetiaan dan mengampu orang-orang Yahudi secara sulit.Lebih-dari itu,mereka mendedahkan rahsia orang-orang beriman kepada orang-orang Yahudi.Sikap sebegitu amat jelek dan menimbulkan kehairanan.Justeru itulah,Allah SWT murka.Pada hakikatnya,mereka tidak menyokong mana-mana pihak.sama ada golongan mukminin ataupun golongan Yahudi yang mereka sanjungi.Mereka bersumpah untuk melindungi diri sendiri.Mereka mengakui sebagai penganut agama Islam dan tidak membocorkan rahsia kepada orang Yahudi,sedangkan mereka mengetahui bahawa ia adalah dusta dan tidak menepati hakikat yang sebenar.
Jadi apakah kaitan sejarah itu dengan golongan yang mendakwa dirinya bersama dengan perjuangan islam(PAS) tetapi pada hakikatnya sifat mereka(golongan menikam belakang) sama sahaja dengan orang munafiq.Mereka ini sanggup tidak membuang undi pada pilihanraya kerana tidak berpuas hati tanpa sebab yang munasabah.Mereka menentang seseorang yang akan menjadi calon kerana bimbang tidak mendapat habuan dan sebagainya,mereka sanggup bersubahat dengan musuh(UMNO) bagi melemahkan peribadi seseorang sekaligus melemahkan kekuatan islam(PAS)
Firman Allah:-
"Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat;sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan."(Surah almujadilah ayat 15)
Ingatlah,Allah SWT telah menyediakan azab yang pedih kepada mereka sebagai balasan yang setimpal.Jadi golongan yang menikam belakang menurut alQuran amatlah buruk perbuatan mereka.
sekiranya tulisan ini ada kelemahan sila respon....wasalam..MOHD LELA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan