Manusia pertama yang diutus oleh Allah SWT menjadi penghuni bumi ini adalah Nabi Adam a.s dan isterinya Siti Hawa.Daripada keturunan mereka berdualah manusia bertambah ramai,berkembang biak menjadi pelbagai suku bangsa.
Makhluk yang bernama manusia ini di bekalkan oleh Allah SWT nafsu dan akal fikiran sering melakukan kerosakan dan pelbagai kejahatan di atas muka bumi ini.Mereka berbunuhan sesama sendiri,menganut pelbagai kepercayaan,melakukan penindasan dan kezaliman sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan.
Makhluk yang bernama manusia ini di bekalkan oleh Allah SWT nafsu dan akal fikiran sering melakukan kerosakan dan pelbagai kejahatan di atas muka bumi ini.Mereka berbunuhan sesama sendiri,menganut pelbagai kepercayaan,melakukan penindasan dan kezaliman sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan.
Mereka yang berkuasa seperti raja pula membuat peraturan dan undang-undang sendiri yang menindas rakyat demi mengekalkan kuasa mereka.
Kerana itu Allah SWT yang Maha Bijaksana dan Maha Penyayang tidak mahu mahkluknya terus berada dalam kesesatan dan penindasan lalu mengutus para Nabi dan Rasul untuk mengajak manusia kepada ajaran yang benar.
Tujuan Allah SWT mengutus Rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar,memperbaiki akidah dan akhlak manusia serta menuyusun kehidupan mereka kearah kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT.
Allah berfirman di dalam alQuran surah al-Baqarah ayat 151:-
"Sebagaimana kami telah mengutus kepada mu seorang Rasul(Muhammad) dari ( kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat kami,menyucikan kamu dan mengajarkan kepada mu Kitab dan Hikmah,serta mengajarkan apa yang tidak mampu kamu ketahui."
Rasul Ulul Azmi
Daripada 25 orang Rasul itu,hanya 5 orang sahaja daripada mereka yang bergelar Rasul ulul Azmi iaitu mereka yang paling cekal dan sabar dalam menghadapi banyak dugaan.Mereka ialah : Ibrahim,Noh,Musa,Isa,Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan Rasul yang terakhir diutus Allah ke muka bumi ini.Dikatakan yang terakhir kerana baginda membawa ajaran yang sempurna bagi seluruh manusia.Kerana itu selepas baginda tidak ada lagi Nabi dan rasul.Jika ada yang mengaku menjadi Nabi atau rasul itu adalah pendustaan yang amat besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan