"Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara golongan ahli kitab dari kampung halaman mereka pada julung kali mereka berhimpun(hendak memerangi Rasulullah).Kamu(wahai umat islam)tidak menyangka bahawa mereka akan keluar(disebabkan bilangan mereka yang ramai serta pertahanan mereka yang kuat).dan mereka pula menyangka benteng-benteng mereka akan dapat menahan mereka serta memberi perlindungan kepada mereka dari (azab)Allah!Maka Allah mendatangkan kepada mereka azab (bencana)dari arah yang tidak mereka jangkakan dan ditanamkan didalam hati mereka perasaan takut,(lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam)sambil tangan orang-orang yang beriman(yang mengepung mereka)berbuat demikian(dari luar).Maka insaflah dan ambillah pengajaran(dari peristiwa itu)wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik matahatinya."
Tafsir Dan Ulasan:
- "Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara golongan ahli kitab dari kampung halaman mereka pada julung kali mereka berhimpun(hendak memerangi Rasulullah) -(al-Hasyr,59:2)iaitu Dialah Allah SWT yang telah menetapkan pengusiran Yahudi Bani Nadhir dari rumah-rumah mereka di Madinah,pada perhimpunan pertama,iaitu berkumpul dan diusir.Pengusiran mereka merupakan perhimpunan pertama dari Madinah.Perhimpunan seterusnya ialah peristiwa pengusiran mereka oleh 'Umar dari Khaybar ke syam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan