Menurut Imam Mujahid dan lain- lain , ayat ini diturunkan untuk menjelaskan tentang orang orang munafik yang dikenal pasti bahawa mereka hidup bergaul bersama sama orang orang mukmin , , mereka adalah dicela oleh Allah swt apabila diseru untuk berjihad atau berperang mereka sambut dengan lambat lambat bahkan agak keberatan untuk keluar.
Golongan munafik diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul iaitu di zaman Rasulullah saw berada di kota Madinah , apabila berlaku ke atas orang mukmin kemalangan di medan perang seperti terbunuh atau tercedera , dia sangat gembira serta mendabik dada dengan mengeluarkan kata kata:"Aku sangat beruntung dikurniakan nikmat oleh Allah keselamatan kerana aku tidak keluar bersama sama orang orang mukmin untuk berperang.
Mereka bukan sahaja keberatan untuk keluar berperang tetapi juga memberi kebimbangan dan menakut nakutkan orang lain supaya tidak keluar berperang bersama sama Rasulullah saw di dalam peperangan Uhud.
Menurut Sayid Qutub mereka yang tidak keluar berperang itu sangat gembira bila pejuang pejuang Islam ditimpa kemalangan di medan perang dan mereka menanggap diri mereka lari daripada jihad , itu adalah merupakan kejayaan dan juga nikmat .Mereka tidak terasa malu bersikap demikian.
Sebenarnya berjihad atau berjuang untuk menegakkan Islam adalah kewajipan dan sekali kali tidak tercapai nikmat dari Allah kalau mengundur diri dari berjihad .Sekalipun pada zahir boleh di anggap berjaya kerana terhidar dari kemalangan .
Golongan munafik ini ada di zaman Rasulullah saw di zaman para sahabat malahan ada di sepanjang zaman dan semua tempat , oleh itu kita hendaklah berwaspada dan berhati hati dalam pergerakan dan perjuangan .Sikap seperti ini bukan sahaja di luaran malahan dalaman pun ada , kadang kadang orang yang kita harap dan rapat dengan kita tidak mustahil dia memusuhi kita dari dalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan